Sunday, September 25, 9707

"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"


Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.

Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.


Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com




As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).



Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.





Sunday, July 06, 2025

Bubur Asyura- rujukan amalannya














 












Kitab yang pernah diberikan kebenaran mencetak oleh majlis agama kelantan tahun1953.
Kitab yang di taqridzh oleh mahaguru ulama melayu al Allamh Sheikh Abdullah Thohir pondok bunut payung kota bhru kelantan.
 
Salah satunya menjawab dengan nukilan dari kitab2 muktabar maslah bubur asyura.

Maknanya dalam ianah tholibin ada hal bubur Asyura ni

 

Thursday, March 27, 2025

Pilihan terbaik cara bayar fitrah

 Fitrah dengan beras itu keutamaan.


Maka kaedah yg diamalkan dengan asnaf bawa beras lalu dibeli dan dibayar, lalu  pembayar fitrah kemudiannya di jadikan fitrah untuk dirinya .... kemudian asnaf jualkan semula pula beras yg diterimanya tadi kepada pembayar fitrah... begitulah seterusnya...adalah terbaik. Cara ini maknanya jalan mudah keluar dari hukum mazhab tidak sah byr fitrah selain dari mengunakan beras atau makanan asas yang menggenyangkan.(qut).

Sunday, March 23, 2025

Bab mereka yang berhak menerima zakat, adakah hanya yang pandai sahaja?.





Qaul dhoif yang syaratkan mesti pelajar bijak saja layak terima zakat.  Ini disebut dalam kitab Kifayatul Akhyar syrh matan Ghoyah wat Taqrib. 

Adapun dalam kitab2  muktamad lain menyatakan secara mutlak setiap yang sibuk dengan aktiviti ilmu adalah layak menerima zakat. Walau mempunyai usha yang layak atau mempunyai harta yang cukup untuk sara hidupnya yang asas.  

rujukan:

-KIfayatul akhyar- .


Sementara :

Berkata Sheikh Muhammad Nur dalam kitab Kifayatul Muhtadi:

Adapun jika ada baginya USHA yang bersepatutan dengan cukup belanja tetapi ia duduk belajar ilmu atau mengajar nescaya boleh mengambil zakat dan dibilangkan dia faqir juga.

-kifayatul muhtadi-





Juga didalam beberapa kitab lain tiada syarat mesti bijak atau hilangkan taraf fakir dan miskin jika sibuk dengan menuntut dan mengajar ilmu.  antaranya: 








- al fikrah Nahdhah fi Ushul wa Furu' Ahl Sunnah wal Jamaah- al bantani





















- Siyarus Salikin.









bughyatul mustarsyidin 














- Ihya ulumuddin.



Bughyatu Thullab.














Thursday, March 20, 2025

Sheikhul Akbar wa Kibritul Ahmar

 Soal dan jawab.

1. Kenapa ada dikhabarkan Imam Ibn Hajar Al Asqolani menolak Ibn Arabi Al Shufi?.


Jawab:

Setiap bidang ada tokohnya.

لكل مقام رجال.

Imam Amirul Mukminin Fil Hadis , Ibn Hajar al Asqolani adalah tokoh dibidang ilmu Hadis dan tawarikh rijal Hadis. Beliau tidak menjadi rujukan utama dalam bidang Tasauf.  Beliau tidak mempunyai karangan2 khusus dibidang tasauf. Hata ilmu fekah juga beliau tidak dirujuk oleh ulama fekah dalam pelbagai maslah rumit. Walau ada kitab fatwa beliau tetapi tidak dijadikan rujukan utama. Maslah-maslah fekah jika bercanggah pandangan kedua2 ibn hajar maka ilamak akan mendahulukan fatwa ibn hajar al Haitami pengarang Tuhfah , Syarah Irsyad dan fatawal Kubro. 

Ilmu hadis dan rijalnya Ibn Hajat Al Asqolani lah maharaja. Sedunia Islam berabad telah menobatkan beliau.pada ilmu hadis. 


Oleh demikian jika terjumpa pandangan2 Imam Ibn Hajar al.Asqolani  pada bidang tasauf shufi  ulamak islam akan mentakwilkan dan ihtimalkan kearah makna yang munasabah. Beliau kritik ibn Arabi atas maksud memelihara akidah awam dari jatuh terjerumus kepada salah yang merbahaya. 


Saturday, March 15, 2025

Upah membaca Quran adalah Harus


 Budaya mengupah membaca quran untul aruah yang masih wujud dikalangan masyarakat kita disebahagian tempat yang nampaknya semakin terhakis hilang perlu dapat perhatian ahli ilmu dan akedemik yang faham kedudukan sebenar amalan itu menurut hukum syarak yang merujuk kepada rujukan muktabar menurut mazhab Shafie maupun 4 mazhab.


Beberapa  rujukan penting dalam maslah ini.



Tuan Guru Baba Rashid Wara'


 Marhum Tuan Guru Rashid Wara' Madrasah Darul Hadia , kampong Carok Keriang , Tluban, Menora  Fathoni Darua Salam.

Beliau , mulloh yang saya masih ingat , detik kali pertama bertemu yang sebelum itu telah mendengar dan mencium betapa harumnya nama yang disebut2 oleh penuntut2 ilmu . Beliau bertanya , kenal ka sheikh daud panji 

( sebab asal s daud malau dari panji kelantan). Saya jawab kenal. Saya pernah duduk majlis kuliah mengajar s daud malau. 

Tuan Guru Baba shid wara' rujukan para guru dizamannya. 

Saya sempat mendapat izin beliau menjadi pelajar dipondok beliau walau sebentar, selama 3 hari. Selepas itu saya meyambung belajar pada murid tua beliau Baba Hasan Leweh di dok rok, kok chan, mayo Fathoni. 

Tiga hari itu yang sangat bermakna buat saya, suatu masa yang tiada nilainya dengan harta benda dunia. 

Saya sempat hadir kuliah beliau menadah kitab hikam, tafsir ibn katsir, kitab fekah fathul wahhab dan hadis bulughul maram. Walaupun sebentar , sangat barakah. Masih ingat fawaid yang baba sampaikan walau dua hampir 40 tahun lalu. 

Mohon ampun pada baba dan minta maaf pada waris2 beliau sebab simpan gambar ni di blogspot , sebagai memori jangan sampai orang kemudian tidak terlintas lagi pada tokoh hebat ini. Pada saya memori ulamak guru2 kita adalah adab. Sekadar sekeping gambar, apalah sangat.  Walaupun pada pegangan beliau gambar juga  dilarang walau sekadar gambar bukan lukisan, termasuk larangan dalam hadis2 nabi. Saya pernah dipertemuan akhir sebelum beliau wafat , mohon untuk bergambar tapi beliau tidak izinkan atas alasan peribadi beliau. 

سلوك الاداب الاولى من امتثال الاوامر

Lagi pula, gmbar ini bukan saya punya, hanya ihsan dari ustaz fathoni juga. Dimana dia dapat saya pun tak tau.

غفر الله له و لي و لوالدينا و لجميع المسلمين .. امين ثم امين . الفاتحة.